|
Monday, September 20, 2004
jeJaK KAsIh
sabtu , malam lepas aku ada dinner with ma student kat UTM. aku ngan su kene pi. ala lagipun program makan makan aaa jgn la tolak kan?. aku mulanya terpikir gak tanak pi sbb tk tahu nk balik ngan apa. maklumlah jauh , program lak sah sah lewat gak habis.aku pada mulanya nk call hadi mintak tolong dia amik aku. tapi mengenangkan aku dah membuatkan dia salah faham aku jadi malu sendiri. abes ler aku klu dia kat aku nk kat dia. susah pulak dah jadinya.
2 3 hari sblm tu aku terserempak ngan Jah junior aku masa di wataniah dulu. dia cite kat aku psl adik angkat aku. ooo budak kecik tu dh ada kat kl ni. dah jadik cikgu pun. aku nk sangat jumpa dia. jah kasik aku no phone dia. bila aku call adik dia yg angkat. rupanya number tu dia dah kasi kat adik dia, Tom. tom kasi kat aku no abg dia tu. aku htr msg tapi tk berbalas. lepas tu aku call dia dari opis. bila aku kenalkan diri aku dia dh tk ingat. lepas tu baru dia ingat aku. aku cite kat dia aku ada program malam sabtu nanti. dia offer nk hantarkan aku balik. aku jadik mcm tk sedap ati jugak sbb aku dah lama tk jumpa dia pastu dia nk amik aku malam pulak. hmm... lama jugak aku berpikir. hari jumaat tu baru aku bagi jawapan kat dia . aku setuju dia amik aku. aku dh ckp awal awal aku habis program kul 11.
malamnya dia tunggu aku dpn UTM, dia datang dgn wira merahnya. berdebar gak aku sbb dh lama aku tk jumpa dia , 9 tahun! bukan satu jangkamasa yg pendek. aku bukak je pintu kete aku tgk dia aku jadi terkejut sendiri. heheh dah besar rupanya adik aku yg comel ni. aku kenalkan dia dgn su n dia hantar su balik dulu kemudian hantar aku.
tuhan je tahu betapa aku gembira berjumpa dgn dia. berjumpa dgn seseorang yg betul betul mengenali aku. tahu aku mcm mn. aku bercerita dgn dia sepanjang jalan. bila aku tgk dia aku semacam teringat lagi kali pertama aku tgk dia. masa tu baru awal2 kemasukan budak form 1. aku terlihat dia bermain bola dengan kawannya di padang. sbb apa aku tertarik pada dia? sbb dia kecikk sangat n comel. aku terus amik dia jadik adik angkat aku. seakan terbayang lagik aku tgk dia kayuh beskal dia tu. beskal lagik besar dari tuan kekek. well sekarang dia ada depan mata aku dan dia dh berubah sesuai dgn penampilanya sbg seorang guru. rambut dia tercacak2 dia pakai spek mata ( aku tk tahu pun dia tk nampak ) jeans n t shirt merah. comel betul adik aku. kekek "dik.. aku hepi aa jumpa ko"
nurul tulih pukui..
7:12 PM
***
Sunday, September 19, 2004
Ada Kekuatan Di Dalam....
Untuk Semua...
Ada kekuatan di dalam Cinta
Orang yang sanggup memberikan cinta
adalah orang yang kuat
Kerana ia bisa mengalahkan keinginannya
Untuk mementingkan diri sendiri...
Ada kekuatan dalam Tawa Kegembiraan,
Orang tertawa gembira adalah orang yang kuat
Kerana ia tidak pernah terlarut dengan tentangan
dan cubaan...
Ada kekuatan di dalam Kedamaian Diri,
Orang yang dirinya penuh damai bahagia adalah orang yang kuat
Kera na ia tidak pernah tergoyahkan
Dan tidak mudah diumbang-ambingkan...
Ada kekuatan di dalam Kesabaran,
Orang yang sabar adalah orang yang kuat
Kerana ia sanggup menanggung segala sesuatu
Dan ia tidak pernah merasa disakiti.
Ada kekuatan di dalam Kemurahan,
Orang yang murah hati adalah orang yang kuat
Kerana ia tidak pernah menahan mulut dan tangannya
Untuk melakukan yang baik bagi sesamanya...
Ada kekuatan di dalam Kebaikan,
Orang yang baik adalah orang yang kuat
Kerana dia selalu mampu melakukan yang baik bagi semua orang.
Ada kekuatan di dalam Kesetiaan,
Orang yang setia adalah orang yang kuat
Kerana dia boleh mengalahkan nafsu dan keinginan peribadi
Dengan kesetiaannya kepada Allah dan sesama...
Ada kekuatan di dalam Kelemah Lembutan,
Orang yang lemah lembut adalah orang yang kuat
Kerana dia boleh menahan diri untuk tidak membalas dendam...
Ada kekuatan di dalam Penguasaan Diri,
Orang yang bisa menguasai diri adalah orang yang kuat
Kerana dia mampu mengendalikan segala nafsu keduniawian...
Sedarkah teman bahwa engkau juga memiliki cukup Kekuatan untuk mengatasi segala permasalahan dalam hidup ini? Dimanapun, seberat dan serumit apapun juga. Kerana masalah tidak pernah dibiarkan melebihi kekuatan kita.
Ingatlah... "Jalan Buntu Di Hadapan, Ada Harapan Di Selekoh"
|
nurul tulih pukui..
6:48 PM
***
Friday, September 17, 2004
HaTi
Nah, ambil la benda ni.Apa ni?Ini adalah hati. Hati aku.Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.Kau lebih dari seorang kawan.Terima kasih.... ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.Oh ye ke... tapi maaf.Untuk apa?Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.Cuma sebahagian saja...
Maksud kau?Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya...Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa.Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih?Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Adakalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti sediakala.Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.
nurul tulih pukui..
8:40 PM
***