|
.:MUTIARA KATA: "adakalanya kita perlu menangis supaya kita tahu hidup ini bukan hanya untuk ketawa dan, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya harga setitis air mata" |
|
.: MOOD HARI NI :. .:TEMPAT CETIN:. |
|
|
.:ME:.
name:uyu |
|
.:KOREAN SITES:. orang = saram menyanyi = kasu rama-rama = naphi buku = chek |
|
.:FRENS:. [abg adi] [zeti] [lemari] [adren] [awan] [tokei] [alia] |
|
Thursday, August 26, 2004
laMbaT LaGik hari ni aku lambat lagik ke opis. bukan sikit punya lambat.huh!dekat kul 11 aku sampai opis. aku turun nk naik bas kul 7.7 minit lagik tapi bas sampai 7.40.. tensen je aku. sbb org dah ramai kan. so kene penyet la aku. mementang la aku kecik. sampai je kat universiti tu aku nk lintas jalan aku dah nampak lrt tu tk bergerak. aku dah naik heran. apsal tk bergerak ek? naik je ke atas aku tgk lm lrt tu penuh org tapi pintu tk tutup dan tk bergerk2. rupanya rosak dekat stesen abdullah hukum. sumer org kene kuar dari lrt. so.. melanggut la aku kat situ.. sampai kul 9.30. naik lrt tu dah satu hal pulak sbb org dah ramai gile kat situ. maka berpenyet lagik sekali la aku.last2 sampai opis dekat kul 11. aku rasa ramai gile orang lambat pi opis hari ni. masa on the way balik pulak laju gile sumernya. aku sampai stesen u kul 5.30. rasa mcm tk caya je. oleh kerana hari ni aku pose rasa mcm nk mkn samting je. aku dah call iza ajak dia join tapi dia ada kelas. so keseorangan la aku as usual. sedih gak... kemana je aku sorang. bukak pose pun sorang kawan nk borak pun tkde :(. aku rindu sangat dgn 10, rindu dengan kawan kawan aku yg dulu. aku pi jugak midjual tu. masuk je kat dalam aku tgk org lain ada je kawan.. aku tkde kawan pun. aku beli apa yg patut n then rush balik. sampai bilik dah kul 7 sempat lagik aku mandi n basuh kain. sudah je siap sumer org dah azan. minum air sket aku semayang pastu bukak pc mengadap pc sambil makan. kat room tu je la kawan yg aku ada walaupun hanya maya. ..sepinya duniaku.. nurul tulih pukui.. 9:33 PM *** Tuesday, August 24, 2004 Sekelompok kodok sedang berjalan jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua kodok kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahwa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut mengacuhkan komentar-komentar itu dan mencoba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah.Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap melanjutkan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tsb berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kencang dan akhirnya berhasil. Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apakau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahwa ia tuli. Akhirnya mereka sedar bahwa saat di bawah tadi mereka dianggap telah memberikan semangat kepada kodok tersebut. Renungan :Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kekuatan kata-kata yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" justru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-hari.Kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang"jatuh" dapat membunuh mereka. Hati hatilah dengan apa yang akan diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengerti bahwa 'kata-kata kehidupan'itu dapat membuat kita berpikir dan melangkah jauh dari yang kita perkirakan.Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit dari keputus-asaanya,kejatuhannya, ataupun kemalangannya. Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan spirit bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh. nurul tulih pukui.. 8:28 PM *** Sunday, August 22, 2004 BeRmaLaM di OpIs.. semalam aku n su tido kat opis.. heheh. sound crazy right?. sbnrnya aku ada program kat PD keesokan harinya.. bas dijadualkan ada pada pukul 7 pagi. so early maa.. mana leh aku sampai seawal tu. so nk tk nk terpaksa la aku bermalam di opis. lagipun aku nk jugak merasa tido kat opis.Petang tu aku pi pasar malam ngan su n k.kam, beli yong tau fu kegemaran aku n keropok lekor.. dah banyak gile utk aku yg kecik ni. sampai opis aku solat asar n lepak ngan su dalam bilik. k.kam dah bitau.. cik malik n the geng ada kat opis malam ni sbb diorang ada meeting. aku tk kisah aa. sesambil lepak tu aku main anak kekura yg aku namakan "dang" nanti klu ada seko lagik aku nk namakan dia "che" pulak. hehehhe mesti gelak je che klu dia baca. kui kui kui :D. jgn marah che.. aku promote ko dalam blog aku.. kasik ko glemer gituh!!wakaka. yg tak besnya mas tido kat opis tu aku kene tunggu cik malik n the geng sudah meeting. aku masa tu dah ngantuk ngan su.. takkan nk tido terus kot? sbb kitorang kene kunci pintu. so terpaksa laa tunggu diorang balik. dioang balik kul 12 malam. aku ngan su apalagik mengangkut segala kusyen yg ada dan atur dalam bilik kekeke dah dapat tilam besar ( tilam aku je tilam su tak kekek ) kerusi lak aku ngan su sandarkan kat bilik buat sekat pintu la kengkunun.. kekek takut jugak kan? tapi.. nyenyak je aku tido sampai pagi heheh. kesimpulanya.. bess!! lenkali leh aku wat lagik . tahu di mak aku mengucap panjang la dia kekek .. don wori ma.. im ok :D nurul tulih pukui.. 4:43 PM *** Thursday, August 19, 2004 paDA sIaPa pada siapa hendak mengadu andai hati terguris lagi pada siapa hendak mengadu andai langit yg dipandang terasa kelam ada mendung ada awan hitam bulan yg di pandang kian menghilang tegar jua pipi menahan kebasahan air mata jua yg diundang sakit saja dicari nahas sengaja ditempah puas sudah ditunjuk ke semua arah akhirnya tertunding ke diri sendiri nurul tulih pukui.. 11:20 PM *** Wednesday, August 18, 2004 HaRI Ini hari ni aku pi keje lewat sket sbb kene serahkan report sesi pada Pn Hamidah. aku dah takut gile.. maklum sajalah dasar org buat salah kan? kakkak ( ketawa pada diri sendiri ). aku prepare dari semalam lagik utk kene marah ngan dia. sampai je kat dataran c aku dah nampak tu. naik tangga 4 tingkat tu pun aku dah berdebar. sampai bilik dia, rupanya dia tkde.. adoii !! akak kat situ ckp dia tkde pastu panjang lebar lak dia tanya aku ngan su. tkde pulak dia tanya.."adik nk hantar report sesi ker?hantar kat akak laa.. nanti akak kasi kat dia" huh!klu dia kata camtu time tu jugak aku gelak sambil tergolek. tapi tu la.. alhamdulillah dia tk kata camtu. jadi tkde lah aksi aku gelak sambil tergolek. klu tk naya gak aku nk buat aksi tu huhu! so turun semula la aku ngan su pi jabatan sbb dia ada kat sana.nk ketuk pintu tu pon dah berdebar gile. sekali bile masuk hantar report pn hamidah leh buat lawak ngan aku n su? hampeh tul.. tak bes pulak rasanya. ye la kan? aku dah prepare nk kene marah. lepas tu aku n su pi kps.. su dah rindu gile nk makan yong tau fu kat situ. aku amik tomyam kari ayam.. entah apa benda aku pun tk paham. bila aku tanya tukang masak tu dia kata.. tomyam campur kari. bila aku tgk mcm mee kari tapi bila aku makan rasa pelik. sampai sekarang pun aku masih terasa kepelikannya. eh betul laa!! rasa lagik ni!..kesimpulanya.. jgn makan sesuatu yg namanya pelik! nurul tulih pukui.. 8:02 PM *** Tuesday, August 17, 2004 CErITA BaRU.. Lamanya aku tk apdet blog kesayangan aku ni. Sejak dari hari aku jumpa hadi.. terus mood aku utk menulis hilang sampai la hari ni. Sebenarnya aku agak sibuk kebelakangan ini. Dalam cerita duka aku, terselit juga sukanya..Aku suka mempercayai hidup ini ada turun naiknya.. kalau hari ini aku menangis esok… pasti aku tersenyum semula. Dalam jangkamasa ini banyak dah benda yang berlalu yg membuatkan aku tersenyum antaranya.. 4,5,6,7 dan 8/8 konvokesyen kawan-kawan aku.. mmg meriah dan seronok. Tahniah utk sumer org, Ila, Wan, Ani, Nani, senior aku Rashid pastu .. ramai lagik. Utk Azam pun tk ketinggalan jugak.. dia konvo kat USM. Utk dia aku belikan bunga.. saja nk gembirakan dia.tapi hari yang paling bes masa konvo ni hari 6/8, hari tu Faezah punya konvo.. yg besnya kitorang sumer berkumpul malam tu.Well… G7 is back! Iza, aku,Shi,Lin,Faezah,Zeti n Ain. Shi turun dari Terengganu, Lin pulak dari Johor, Zeti dari Serdang Ain n Faezah dari Klang. Rasa mcm mimpi kitorang sumer dapat berkumpul bersama. Malamnya tgk Mock Trial kat law fac. Mmg kelakar habis.. kitorang gelak sama- sama terasa mcm hidup aku kembali riang. Tahun depan utk konvo aku.. aku dah wajibkan jugak diorang sumer berkumpul.. tk kireh apapun yg terjadik. Klu tk dapat cuti gak benti je keje! Heheh buleh ker? 7,8,9 n 10/8 aku ke Janda Baik.. camping bersama student tersayang. Mmg bes.. habis sakit badan aku panjat ‘gunung’ ( ceh ! mcm tinggi sangat .. sbnrnya bukit jer.. saja guna ayat hiperbola keke ). Aku dah siap jatuh cinta lagik dengan Janda Baik tu.. cantik betul la tempat tu. Dengan sungainya yg cetek, udara yg sungguh bersih dan segar.. terasa tenang gile kat situ. Rasa cam tanak balik pun ada gak heheh. Err.. ada sesapa org Janda Baik? Leh aku berkenalan kekekek. Ckp pasal Janda Baik aku bgtau Su nk cari org situ nk buat laki ( iyer je aku ) bukan apa sbb aku dah jatuh cinta ngan tempat tu. Pastu ahad lepas aku chat ngan Mi, kawan aku kat UK. Aku pun dgn hepinya bercerita pasal trip aku ke Janda Baik tu, sekali Mi ckp ayah dia ada tanah kat situ.. hujung minggu diorang sekeluarga selalu ke sana habiskan masa bersama. Alamak! Terkedu sekejap aku baca ayat Mi. baru je aku sibuk bising2 nk carik org sana.. sekali depan mata aaa.. hahahha :D. Alamak Mi!ko jodoh aku ker? Erkk!!erkk!! ambulan!!! Nk pensan!! Tu cerita gembira aku, cerita yg tk gembiranya ialah.. aku kene marah ngan lec aku huwaaa!!! Ni aku tgh’ bertungkus lumus’ ( peringatan.. ini juga ayat hiperbola ) menyiapkan report sesi aku.. semoga aku tk kene marah lagik. Ok aa karang la pulak samung cite.. nk wat kije dulu. nurul tulih pukui.. 8:56 PM *** |