.:MUTIARA KATA:


"adakalanya kita perlu menangis supaya kita tahu hidup ini bukan hanya untuk ketawa dan,
adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya harga setitis air mata"

.: MOOD HARI NI :.


.:TEMPAT CETIN:.
.:ME:.

name:uyu
age:older n getting older
hobbies:reading,surfing internet,kerenat ko ore

.:KOREAN SITES:.

orang = saram
menyanyi = kasu
rama-rama = naphi
buku = chek
.:FRENS:.

[abg adi]
[zeti]
[lemari]
[adren]
[awan]
[tokei] [alia]
Wednesday, May 19, 2004


SeDiH dan GeMbIra

Ahad lalu.. ayah Pah meninggal dunia. Al fatihah buat arwah. Aku dapat msg dari Pah pukul 2.30 pagi dan 5.30 pagi. Bangun dari tido aku tgk msg. Kerana tidak percaya aku solat subuh dahulu kemudian aku tgk msg tu sekali lagi. Ternyata aku tk bermimpi. Terus saja aku call Pah. Time tu arwah di bawa ke hospital untuk disahkan kematian. Aku mmg terkejut. Sbb ayah dia tk sakit. Apapun aku tumpang sedih utk Pah. Tapi aku tahu.. Pah cukup kuat utk harungi ni semua. Aku cukup kenal peribadinya..Pah..tabahlah yek.. Allah lebih sayangkan dia.

Malam sebelum tu aku call Along.. dia dah selamat kawin dgn Zahari. Aku mmg terkilan sbb tk dapat pergi. Maklumlah keduanya bespren aku. Aku dapat bayangkan mesti ramai classmate aku yg pegi masa kenduri tu. Dan jangkaan aku mmg tepat. Ramai jugak yg datang. Aku seorang je tercampak kat bumi ganu ni. Orang lain sumer kat kelantan. Rindunya nk jumpa kawan kawan. Dah 9 tahun kami summer tk jumpa. Yg aku jumpa Cuma, Wan, Along, Zahari dan Mazlan. Itu aja antara begitu ramai kawan2 aku. Along beritahu aku 30 hb ni pulak Halmizi dan Farah akan berkahwin. Aku mmg terkejut gile. Sbbnya dua orang tu mempunya karakter yang cukup berbeza. Halmizi lebih terkenal dgn kenakalan dia masa sekolah dulu. Kiranya dia geng aku laa sbb aku pun nakal jugak. Farah pulak merupakan pengawas sekolah merangkap pelajar paling pandai sekolah aku. Kekek aku tk dapat bayangkan …tapi apapun aku tumpang hepi utk sumer kawan aku. 4/5 pulak Mazlan dan Rohaida Roha kawin. Hmmm musim makan nasi minyak kan?.




nurul tulih pukui.. 10:43 AM

*
**
 

Monday, May 10, 2004


WarNa KuLiT n KebAhagIAaN

Minggu lepas aku chat ngan kawan aku wan. Selalunya kawan kawan aku ( yg lelaki la ) sibuk nk bakal isteri, or awek or spare part yg berkulit putih dan cerah. Tapi .. lain pulak kawan aku yg seorang ni. Ok camni conversation aku ngan dia…


aku : ko tk minat yek awek yg putih2
kwn aku : aku tak pandang kulit
aku: oo
kwn aku : aku rasa macam primitif lah
kwn aku : takde kena mengena kulit ngan kebahagiaan
aku : tapi dia la yg akan ko pandang hari2
kwn aku: hmmm
kwn aku: aku rasa macam orang yang mundur jer yang cakap
kwn aku: merah lagi cantik dari biru
kwn aku: biru lagi cantik dari hijau
aku: hahaha
kwn aku: putih lagi cantik dari coklat
kwn aku: ehehe
kwn aku: macam tah laa
aku : bagus aa ko
kwn aku : macam takde fikiran
kwn aku : akekek


hmm.. kebahagiaan tu satu yg subjektif.. terpulang pada yg merasa. Ada orang keutamaan dia ialah kecantikan. Mungkin pada dia dengan kecantikan tu dia akan merasa bahagia. Sbb tu dia berusaha cari pasangan yg cun / hensem. Ada setengah orang pulak memandang kebahagiaan itu datang dari hati. Kalau rupa taraf2 model pun perangai.. cani haa ~>. no komen aa.. terpulang pada penilaian masing2. so sama la dgn apa yg aku bicarakan di atas ni. Klu tanya aku la kan.. ermmm aku tk pandang warna kulit. Mungkin ada juga sesetengah perempuan yg rasakan mereka perlu putih untuk cantik dan dgn itu mereka akan senang dapat pakwe. Ye ke? Habis tu aku yg itam ni camana ? huwaa!!!
heheh apapun ikut suka korang la kan. Itu pendapat aku.. pendapat korang mesti lain..





nurul tulih pukui.. 4:57 PM

*
**
 




IbU…BIdAdARi di RUmAhMu

Seorang bayi bersiap-siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata kepada dirinya sendiri : “Para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?”
Tiba –tiba terdengar satu suara: “Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu di sana”
Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang asing baginya.
”Disini – syurga – apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk merasa bahagia” kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.
”Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya. Dengan itu kamu akan lebih bahagia daripada disini” terdengar lagi sekali suara tadi.
”Tetapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?” tanya bayi itu separuh merintih.
”Bidadarimu akan berbicara kepadamu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian dia akan mengajarkan kamu cara berbicara,”kata suara itu lagi.
Bayi itu masih tidak puas, dia terus juga bertanya : ”Aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa akan melindungi aku?”
”Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya,” balas suara itu.
”Tetapi aku pasti akan berasa sedih kerana meninggalkan tempat yang begini indah,”rintih bayi itu lagi.
’Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya kamu adalah segala- galanya!
Di saat itu suasan menjadi begitu tenang dan perlahan – lahan bayi itu bertanya lagi: ”Jika aku harus pergi sekarang, bolehkan di beritahu siapa bidadari itu?
”Kamu akan memanggil bidadari itu..IBU!”
Ingatlah!Curahkan sepenuh kasih sayang kepada ibumu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang hayat.
Ibu.. adalah bidadari di rumahmu....





nurul tulih pukui.. 10:09 AM

*
**
 

Tuesday, May 04, 2004


RaJuk

Hmm.. dah berapa hari yek aku tk update weblog ni?. Aku sbnrnya tgh merajuk.. tapi kalau aku rajuk aku mmg aku tk suka kalau ada yg memujuk. Biar je la.. aku pujuk je sendiri diri aku. Mmg itu yg aku biasa buat dari kecik lagi.
Aku ingat dulu dulu masa aku kecik.. masa aku masih kat pahang.. kalau aku merajuk tempat aku klu tk atas pokok jambu belakang rumah aku, mesti aku bawah katil hehe. Lepas tu bila family aku pindah ke kelantan aku tukar port lak. Aku suka dok dalam lemari rumah aku sambil makan asam abg aku. Merajuk merajuk jugak makan asam perkara lain yek tak? ( abg aku suka sorok asam dalam bilik dia.. sbb tu aku pilih lemari bilik dia utk merajuk )
. sekarang family aku dah berpindah ke ganu pulak.so port pun kena la tukar lagi. Lagipun aku dah besar. Kang runtuh lak lemari klu aku dok dalam lemari.
Klu aku merajuk aku dok dalam bilik je tk kuar kuar. Tk pun aku dok kat beranda kat bilik aku sambil tgk langit.. kalau malam aku tgk bulan. Aku suka tgk bulan.

Selalunya dulu aku merajuk mesti pasal berebutkan sesuatu dgn akak aku. Dan yg selalu menang mmg akak aku, mcm tu jugak kalau aku berebut dgn adik aku.. mesti dia jugak yg menang. Selalunya aku berebut kain raya heheh. Pada aku dulu mak aku suka belikan kain yg cantik2 utk akak aku. Kalau kain yg tk cantik tu mmg sah! Sah! Utk aku. . sebab tu aku selalu gaduh ngan akak aku. Pastu mak aku mesti menangkan akak aku.. dia awal2 lagi cakap.. kain ni utk dia. So aku pun merajuk.tapi tu cerita masa kecik. Bila dah besar ni.. aku sayang akak aku .. bahkan dia la teman aku paling rapat.

Aku rajuk dgn sikap org pada aku.. ini semua buat aku terfikir.. aku bukannya baik.. kenapa aku nk sibuk klu org layan aku mcm tu? Sapa aku utk mengadilinya? Bukankah apa yg berlaku tu ada hikmahnya.. biarlah aku menangis sekarang kerana mungkin esok aku akan tersenyum. Biarlah.. aku tk ingin berdendam.. aku tk buat sebarang perhitungan... aku juga tk ingin sebarang penjelasan..biarlah.. aku pujuk sendiri hati aku.

Mereka lihat ku tersenyum
Gembira bagai tiada duka
Begitu indah di pandangan
Tapi hatiku keretakan bagai sirna....





nurul tulih pukui.. 9:25 AM

*
**