|
.:MUTIARA KATA: "adakalanya kita perlu menangis supaya kita tahu hidup ini bukan hanya untuk ketawa dan, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya harga setitis air mata" |
|
.: MOOD HARI NI :. .:TEMPAT CETIN:. |
|
|
.:ME:.
name:uyu |
|
.:KOREAN SITES:. orang = saram menyanyi = kasu rama-rama = naphi buku = chek |
|
.:FRENS:. [abg adi] [zeti] [lemari] [adren] [awan] [tokei] [alia] |
|
Friday, April 30, 2004
kuAr DeTin hari ni aku kuar detin ngan laling aku kekek shi la sapo eh lagi? aku turun dapur aku tgk banyak betul makanan atas meja. Ada sate, dadih, pulut dgn gulai, laksam, biskut. Niat aku nk mengemas kabinet dapur. Aku carik kain carik plastik nk letak segala sampah yg ada. Sambil kemas sambil makan sate.. heheh boleh tak? petang .. dalam pukul 3 shi sampai rumah aku. Aku keluar ngan dia pi rumah kakak kawan shi yg kawin. Wahh !! comel lote la akak dia nurul tulih pukui.. 9:04 PM *** Thursday, April 29, 2004 KaSih IbU Kasih ibu takkan sama dengan kasih saudara Pagi tadi.. org yg jual ketupat tu datang mcm biasa ke rumah aku. Selalunya aku tk sedar dia datang sbb aku di atas. Tapi kali ni aku kat bawah.. ain masa tu tgh baring sambil minum susu. Penjual ketupat tu membunyikan hon dia sbg tanda dia ada.. tiba2 ain berlari menangis ketakutan.. aku tk paham. Mak aku pulak keluar nk beli ketupat. Aku terus ambik ain dan dukung dia. Kemas sekali pelukan dia pada aku seolah tk mahu melepaskan aku. Aku cuma usap usap belakang dia. Adik aku bgtau dia takut dgn bunyi hon. Adik aku cuma gelakkan ain. Aku terdiam... aku berfikir seketika..kenapa tk mahu memahami? Aku pun terfikir aku pernah gelakkan danial kerana takutkan bunyi kapal terbang. Aku mengandai sendiri andai aku ditempatnya.... aku pasti kalau kakak aku ada pasti dia peluk ain dan danial dan tenangkan mereka. Tenghari tu.. aku jahit baju akak aku di bilik dapur.. kebetulan mak aku pun ada di bilik tu. Dia tertengok lengan aku yg berbintik merah.. dan ada luka kesan aku garu sbb gatal. Aku tk endah sangat sbb aku senang kena gatal2 kalau aku tersalah makan aku mandi air berkarat. Masa kat rumah akak aku lagi teruk merahnya.. luka2 sampai pedih. Tapi bila balik rumah mak aku risau melihat tangan aku. Bezakan kasih ibu? Pagi pagi aku biasanya jarang makan. Dan aku mmg spesis yg susah jugak nk ada selera makan. Kalau kat rumah mak aku la yg paling susah. Aku akui aku agak pendiam dan dingin. Biasanya ibu aku akan masak benda yg aku boleh makan. Kalau dia goreng mee.. dia akan asingkan sedikit mee utk aku. Yg aku punya tkde telur. Semua perkara dia akan ambil kira utk aku. Sayangnya ibu pada aku kan? Petang ni pulak.. masa aku tgh goreng jemput pisang.. danial kat luar rumah. Tetiba dia berlari menangis ketakutkan lantas dipeluknya paha aku. Aku keheranan lagik.. rupanya ada jiran aku yg amat ditakutinya lalu kat luar rumah. Aku peluk dia dan gosok belakang dia. Terasa denyutan jantung dia yg berdegup kencang di paha aku. Kadang kadang .. kita selalu terfikir budak budak mudah lupa. Tapi itu sbnrnya salah. Ada perkara yg akan menjadi kekal dalam ingatan kanak2. Proses perkembangan sosial yg dilalui oleh seorang kanak2 banyak pengaruh kepada pembawakan dan pembentukan dirinya bila dia dewasa kelak. Runsing aku bila pikirkan kalau aku ada anak dan terpaksa berjauhan dengan anak aku. Im not ready to be a mother.. Sesayang mana sekalipun ibu aku pada danial dan ain. Tidur malam ain tetap bermimpikan ibunya..tangis tawa danial tetap terbayangkan wajah ibunya... nurul tulih pukui.. 6:47 PM *** PEDUSI SAHMURA Saya lelaki. Pesan ibu, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Insan bernama lelaki, bukan lelaki jika dia tumpahkan permata jernih dari birai matanya. Pesan ibu saya ingat.Pesan ibu kukuh teguh terbuku-terpaku di ruyung minda saya. 40 tahun bertapa dikepala, pesan ibu hari ini saya ingkar. Pesan ibu hari ini saya lupa. Pesan dari seorang insan bergelar wanita tidak saya gubriskan, juga kerana seorang insan yang berkerudung dibawah nama wanita. Saya sudah lama tidak ketemu dia.Kali terakhir kami berutusan berita 20 tahun lalu. Kala warkah biru masih lagi menjadi pilihan. Dia rafiq terakrab saya. Sahabat yang saya kira terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan saya katakan, diantara bebintang yang bergentayangan dilangit hitam pekat, dialah satu-satunya bulan yang bersinar. Saya sibuk menyiapkan disertasi saya tika monitor komputer saya disinggahi ikon kecil berupa surat. Tetikus pantas saya gerakkan ke ikon yang jarang-jarang saya terima itu. Sekali tekan, surat elektronik yang hadir dari pengutus yang tidak saya ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata. Malaysia, 3 Oktober 2022 Haziq, Salam buat rafikku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup yang sentiasa menggigit. Maaf, aku muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. Aku sebenarnya ketandusan kata-kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku lakarkan agar engkau tahu duka-dura hatiku. Sekuat gegar rusuh anak bumi Jakarta mengamuk kerana Suharto dibebaskan dari tuduhannya, sekuat itu jugalah gegar-getar hatiku dibumi leluhur ini. Maruah wanita sentiasa berkapuh dikaki lelaki,kata orang.Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi metah, sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang merayu pungguk. Aku juga jadi seperti Megat Panji Alam yang merindui Tejanya. Derita Megat dan seksa aku sama. Duka kami serupa. Cuma, pencarian aku ini tidak akan ada hentinya kerana aku tahu, aku hanya mengejar bayang-bayang semalam. Aku terlalui merindui dia, Haziq! Mukadimah warkah yang tidak saya undang itu menjemput tanda tanya bertamu disanggar hati. Kenapa dia jadi begitu ? Mengapa dia jadi perindu setia? Hati saya turut merusuh bersama-sama dengan bait-bait perutusan yang saya jelajah-jamah seterusnya. Haziq, Dahlia Bukvic gadis Kosovo. Aku mula mengenalinya di kampus Universiti Islam Antarabangsa ketika bumi leluhurnya gegak-gempita digegar hujan peluru, ketika tanah kelahirannya dentum-dentam dimamah-ratah letupan. Dahlia pelajar fakultiku. Dia pelajar cemerlang walaupun dalam resah mengenangkan kaum keluarga di bumi Kosovo yang diancam pembersihan etnik askar Serbia. Dahlia tidak mudah didekati. Tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama hinggalah kesuatu tarikh keramat. Kerajaan Malaysia mengusulkan mengumpulkan dana untuk mangsa Kosovo. Aku menghulur bantuan dan detik itulah aku berjaya menghadirkan diri dalam hidupnya. Kami kahwin selepas itu walaupun bonda Syarifah menghalang. Cinta aku pada Dahlia teguh-utuh biarpun bonda sering menimbulkan onar.Kata bonda, Dahlia bukan anak bangsawan Melayu seperti kami justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari kaum keluargaku. Bonda tidak rela keturunannya berumbut-berumbi asing. Persoalan yang singgah diendokarp minda saya kian terjawab. Saya mula mengerti gejolak hati dia. Saya mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar saya kian berganda bila saya terus meluncuri batas-batas warkah dia selanjutnya. Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua. Kasihku pada Dahlia mula tergugat. Aku kepingin anak yang bisa panggil aku ayah!Mungkin ini balasan kerana mengingkari titah bonda. Aku jadi keliru. Dahlia tenang. Dia sentiasa tenang. Tika mendapat perkhabaran buruk tentang keluarganya di Kosovo dulu pun, dia tetap tenang. Aku jadi kalut. Aku jadi tidak sabar. Aku jadi bingung dengan kesabarannya. Bonda pula kian mendesak-mengasak. Bara mula berasap. Bonda pula menyiram petrol. Tahap kesabaran aku mula teruji. Api kemarahan aku marak menjulang. Termakan dengan kata-kata bonda yang Dahlia mandul, cinta aku mula beralih arah. Sarah pilihan bonda aku terima. Dan Dahlia tetap setia dengan aku. Sungguh aku tidak mengerti wanita itu, Haziq. Sabarnya tidak ada penghujung! Haziq, Aku mula abaikan Dahlia. Tambahan pula, setelah dua bulan berkongsi kasih dengan Sarah. Dia mengandung. Dahlia, jarang sekali aku jenguk. Mual rasanya aku bila memandang wajahnya. Aku jadi begitu tidak sabar dengannya. Semua yang dilakukan serba tidak kena dimataku. Percaya atau tidak Haziq, aku pernah menjirus tangannya dengan air teh yang panas berasap cuma kerana dia terlewat membawakan air itu padaku! Ranting tubuhnya, aku kira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur kelantai terkena penanganku suatu hari itu Haziq. darah merah pekat berhamburan dari kepalanya yang terhantuk dibucu meja, tapi aku bangga melangkah keluar meninggalkan dia menanggung kesakitan sendirian. Sembilan bulan Sarah mengandung, sembilan bulan jugalah Dahlia tidak kupedulikan. Nafkah zahir batinnya aku tidak pernah ambil peduli. Aku kira lara dia makin bertambah selepas kelahiran Zaireen Zalikha, anak aku dan Sarah. Dahlia sudah tidak ada dalam kamus hidupku! Rasa kesal tiba-tiba sahaja datang bertamu. Saya jadi bingung. Mengapa begitu mudah kasih terhenti? Kenapa begitu senang cinta mati? Dia bukan lagi rafik yang pernah suatu ketika dulu saya kagumi. Haziq, Aku kira kau tahu kisah Masyitah penyisir rambut puteri Firaun. Masitah dan keluarganya, Firaun rebus didalam kawah menggelegak kerana tidak mengakui kebesarannya. Apapun seksaan Firaun, Masitah tetap sabar. Dahlia juga sesabar itu Haziq. Hatinya turut kurebus dengan kata nista tapi sungguh, dia tidak pernah melawan. Dia tidak jadi seperti ayam yang berketak bila dimarahi manusia. Dia umpama rumput dilaman yang boleh aku pijak sesuka hatiku. Allah itu Maha Kaya. Itu ketentuan yang tidak dapat aku sangkalkan. Sarah berubah selepas melahirkan anak kami. Dia abaikan aku. Dia abaikan Zaireen Zalikha. Kata Sarah, dia tidak betah menjadi ibu. Potongan badan dia yang menggiurkan dulu telah rosak kerana mengandungkan Zaireen Zalikha,katanya. Dia kesal kerana hamil. Dan yang sungguh menghancurkan hatiku, katanya dia kesal kerana berkahwin denganku! Anak kami terbiar Haziq. Bonda mahukan cucu lelaki penyambung zuriat. Penyambung darah bangsawan kami tapi anak aku perempuan. Sarah tinggalkan aku bersama-sama Zalikha yang masih lagi menyusu. Bonda pula tidak mahu ambil tahu. Tahukan engkau betapa rusuh hatiku tika itu. Haziq? Saya sebak. Sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa Tuhan. Allah tidak pernah mungkir janji pada umat ciptaan-Nya.Yang baik dibalas baik. Yang buruk mendapat pembalasan setimpal. Dalam memelihara ego seorang lelaki, saya terpaksa akur, dia wajar menerima pembalasan seperti itu dari Allah. Haziq, Aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas peninggalan Sarah. Aku ketemu Dahlia. Zalikha perlukan seorang ibu. Zalikha perlukan perhatian. Aku rela sembah Dahlia tika itu Haziq, kalau-kalau dia tidak mahu mengambil Zalikha. Dia tidak menolak. Aku bertambah terpukul dengan keadaan. Mengapa semurni itu hati dia, Haziq ? Zalikha lena dalam dakapan dia. Dan engkau tahu Haziq, sememangnya Allah itu sungguh Pengasih. Zalikha kehilangan ibu. Paling mengharukan aku Zalikha bisa membesar dari sumur Dahlia! Dahlia tidak pernah hamil. Dia tidak pernah mengandung. Mana mungkin ada susu tapi itulah kebesaran Ilahi. Aku langgar sumpah kita Haziq. Lelaki tidak seharusnya menangis. Tatkala melihat detik itu, permata jernih ini turun tidak berhenti-henti. Jendela mataku berlangsir hujan!Saya seakan tidak percaya membaca zarah-zarah tulisannya itu. Besar kuasa-Nya. Dada saya berombak menahan sebak. Kami hidup bahagia selepas itu Haziq. Sarah telah kulepaskan secara baik. Bonda Syarifah akur dengan keputusan aku. Dia lebih banyak diam sejak Sarah tinggalkan aku. Mungkin malu dengan Dahlia. Hari-hari yang kami lalui selepas itu cukup manis. Zalikha membesar dengan kasih sayang Dahlia Haziq! Waktu yang berlalu terasa begitu pantas. Usia perkahwinan kami masuk ke tahun yang ke-20. Zalikha sudah jauh besar. Dia ke Australia menyambung pelajarannya. Aku sibuk dengan perniagaanku. Dahlia tidak pernah merungut. Dia isteri setia, Haziq. Setiap hari, pulang dari kerja, makanan akan sentiasa siap terhidang. Aku jadi selesa dengan keadaan itu. Dan mungkin kerana itulah aku take things for granted! Hanya bila ada keperluan kami bercakap. Bukan aku tidak menyayanginya, Haziq. Cuma aku kira dia cukup tahu kasih sayangku padanya walaupun tidak kuucapkan. Satu hari, Dahlia mengadu padaku. Ada ketulan dipayu daranya. Kulit disekitarnya juga berkerut-kedut dan lebih merisaukannya, adalah lelehan darah yang keluar disamping rasa sakit. Aku terlalu sibuk dengan urusan perniagaanku hinggakan permintaannya untuk menjalani pemeriksaan terbiar begitu sahaja.Aku terlupa tanggungjawabku padanya dalam kesibukan aku mengejar keuntungan. Dedaun masa yang telah gugur tidak akan dapat dilekatkan semula pada pohon kehidupan. Itulah yang aku pelajari beberapa bulan selepas itu ,Haziq. Dahlia pengsan. Menangis hingga kering segala air dalam badan pun tak akan dapat mengubah ketentuan Ilahi, Haziq. Dahlia menghidap barah payu dara. Mengapa tidak aku terfikir apa yang diberitahunya itu adalah simptom penyakit maut itu? Menurut doktor, barah payu dara adalah pembunuh utama wanita di Malaysia. Pesakit yang datang awal untuk membuat pemeriksaan biasanya mempunyai harapan yang tinggi untuk sembuh. Malangnya Dahlia sudah diperingkat kritikal. Dahlia dibedah segera. Sumur yang pernah menghilangkan dahaga Zalikha terpaksa dibuang kedua-duanya. Aku rasa sungguh bersalah pada Dahlia. Kalaulah aku tidak terlalu menurut sibukku, sudah tentu barah Dahlia tidak separah ini. Tika itu, baru aku sedar betapa susahnya menjadi seorang isteri. Aku ambil alih tugas dirumah kala Dahlia terlantar dihospital. Rumahku tak ubah seperti tong sampah yang terbarai dipunggah kucing liar! Semuanya serba tidak kena. Kain baju yang tidak basuh bertaburan. Pinggan mangkuk bersusun di dalam sink. Aku terpaksa belajar membahagikan masa menjenguk Dahlia dan mengemas rumah. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hatiku tika itu, Haziq. Baru aku sedar , betapa selama ini, insan yang bergelar isteri itu memikul tanggungjawab yang sungguh berat. Aku ikhlas mengaku Haziq, jika aku diberi pilihan, aku lebih rela mengambil tempat Dahlia menanggung sakitnya daripada menanggung tanggungjawabnya sebagai seorang isteri! Kesihatan Dahlia semakin menyusut. Aku diburu rasa menyesal yang tidak berkesudahan. Kata doktor, barah Dahlia sudah mengakar ke tulang belakangnya. Barah penyakit perjalanan sehala. Tidak ada perjalanan pulang. Tiketnya menuju kesatu destinasi sahaja. Mati! Satu hari, Dahlia memanggilku. Suaranya lemah sekali. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Aku jadi kaget Haziq. Tiba-tiba sahaja aku begitu takut kehilangannya. Walaupun aku telah ketahui saat seperti ini akantiba, aku seakan tidak mahu menerima kenyataan itu. Wajah Dahlia tenang. Dia cuba menguntum senyuman yang aku kira terukir dalam kesakitan yang teramat sangat. Kepalanya kuriba, Haziq. Tuhanku, tika ku elus rambutnya yang sudah kehilangan seri itu, satu-persatu rambutnya gugur. Lebih mengguris hatiku Haziq, ada parut panjang dikulit kepalanya. Parut luka Dahlia yang terhantuk dibucu meja satu ketika dahulu masih bersisa! Aku tidak dapat menahan sebakku. Betapa berdosanya aku! Dahlia semakin lemah. Ada air mata tergenang dibibir matanya. Jendela mataku sudah tidak mampu kubendung lagi. Dahlia pohon agar aku halalkan segala makan minumnya. Juga, dia pohon padaku, halalkan air susunya membesarkan Zalikha walaupun dia bukan ibu kandung Zaireen Zalikha. Dia pohon ampun dariku kerana tidak mampu mengurniakan anak yang dikandung dalam rahimnya sendiri. Haziq, Tangannya kupegang erat. Aku tidak rela melepaskannya pergi. Bersama-sama hari yang baru mendaki dhuha serta diiringi kalimah syahada, Dahlia akhirnya terlena dalam dakapanku. Lena yang sungguh panjang! Aku masih lagi tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah tiada. Zalikha tiba dari australia petang itu juga. Sempat dia mengucup dahi ibunya itu. Haziq, Megat Panji Alam masih terbau harum rambut Tejanya. Aku masih lagi terbau harum puspa kemboja. Sungguh, aku amat merinduinya. Sungguh juga, aku terlalu menyayanginya. Dia pedusi sahmura, Haziq! Zaquan, Malaysia. Bait-bait terakhir warkah Zaquan cukup meruntun hati saya. Airmata saya seakan tidak mahu berhenti ini terpaksa saya seka.Besarnya pengorbanan seorang isteri. Saya juga seperti Zaquan, tidak pernah menyedari betapa agungnya seorang insan bernama wanita ini. Pawan musim gugur yang bertiup menggigit saya. Zaquan menyedarkan saya. Saya tidak pernah mengucapkan sayang pada isteri saya setelah lebih 20 tahun lebih hidup bersama. Saya bangun. Dian sudah tertidur disofa, mungkin kerana terlalu penat menanti saya menyiapkan tugasan saya. Dia saya kejutkan dari tidur. Dian, abang sayangkan Dian!. Terpisat-pisat bangun dari tidur, Dian terpinga-pinga. Saya tidak peduli. Zaquan terlewat. Saya tidak mahu terlewat. Saya kira anda juga tidak mahu terlewat. Selagi detik masih merangkak, selagi jantung masih berdegup, hargailah dia ! Pedusi Sahmura! Cerita ni.. dah lama ada dalam email aku.. aku sayang sangat nk delete. So aku letak kat sini. Sedih kan cerita ni?. Kadang kadang kita suka take things for granted.. bila dah hilang baru kita tercari2... nurul tulih pukui.. 1:42 PM *** Tuesday, April 27, 2004 Rindu semalam Huwaa!! Ok! Meh sini aku citer apsal aku lama tk update Hari ni hari ke 3 aku dah berada kat ganu. 3 hari jugak la aku uruskan operasi membersih rumah. Heheh. Hari ni pulak aku baru sudah basuh peti ais bawah. Kat atas tk basuh lagik.. aku basuh kain, kemas bilik dapur.. merangkap bilik menjahit mak aku. Sat gi nk jemur kain yek.. pastu nk samung basuh peti ais yg atas lak..ermm Semalam pulak dia ikut aku naik atas. Sebenarnya anak sedara aku jarang naik tingkat atas sbb takut diorang jatuh tangga sbb tinggi. Aku masuk bilik air cuci muke. Danial dah takut nk turun bawah semula.. dia pi ketuk bilik air.. assemkom! Assemkom! Mak lang buke pitu! Oh ya! Sblm aku lupa.. hari ni besday abg adi.. hepi besday abg.. semoga ditambahkan iman, dimurahkan rezeki, semoga abg sentiasa bahagia. Aku call dia semalam nyanyikan dia lagu hepi besday, dia terkejut, dia cakap aku mimpi apa.. aku cuma diam. Biarlah aku malas cerita panjang pasal ni … biarlah hanya aku yg tahu.. Sepanjang cuti ni.. azam selalu call aku.. Hmm cerita pasal azam, dia dah pindah rumah baru. Waaa !! sakan dia, mak dia hadiahkan samting utk dia. Apapun awak saya doakan awak sentiasa bahagia. Hari ni pagi2 lagi dia call aku bgtau dia nk siapkan 2 research dalam tahun ni dan nk sambung phd. Saya tetap sokong awak.. pilihlah jalan hidup awak sendiri.. dan saya tetap disini.. Andai ada rindu semalam yg terusik Biarkan saja hati menyapa Biarkan dia bercerita Tentang duka yg ditanggung jua Tentang luka yg masih bersisa Kau takkan mengerti.. nurul tulih pukui.. 2:11 PM *** |